Isnin, 12 Ogos 2019

SEJARAH SEKOLAH


SMK Taman Ria  dibuka dan mula beroperasi  pada 01 Januari 2014. Pengetua pertama SMK Taman Ria, Pn.Rokiah Binti Mee bertugas bermula 16/6/2014 sehingga 3/5/19 kemudian diambil alih oleh  pengetua baru, En. Mohd Fadzil Bin Abd Aziz bermula 15/5/19.Jumlah guru pada peringkat permulaan adalah seramai 29 orang dan bilangan murid seramai 480 orang dengan jumlah kelas beroperasi sebanyak 14 kelas.

  Terdiri daripada 6 blok bangunan utama iaitu Blok Teja (bangunan pentadbiran), Blok Tuah, Blok Jebat, Blok Kasturi, Blok Lekir dan Blok Lekiu . Mempunyai sebuah dewan utama iaitu Dewan Tunku Anum dan sebuah dewan terbuka iaitu Dewan Kasturi.

  Mempunyai kemudahan fizikal seperti 24 buah bilik darjah termasuk bilik darjah untuk PPKI, 6 buah Makmal Sains, sebuah Makmal Komputer, sebuah surau (Al-Rayyan), 6 buah Bengkel KHB, sebuah Bilik Kaunseling, 6 buah bilik khas, sebuah bilik mesyuarat (Bilik Mesyuarat Teja), Koperasi, Bilik Guru dan Perpustakaan Tun Sri Lanang.

  Pada tahun 2019, jumlah guru bertambah menjadi 55 orang dan jumlah kelas yang beroperasi sebanyak 25 buah dan bilangan murid seramai 611 orang. SMK Taman Ria  menawarkan mata pelajaran elektif (MA) iaitu Pendidikan Seni Visual, Perniagaan, Prinsip Perakaunan dan  Matematik Tambahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan