Isnin, 26 Ogos 2019
Isnin, 12 Ogos 2019
PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH
KURIKULUM KOKURIKULUM
- Program
Jaya Waris - 1 Murid 1 Sukan
- Penetapan Target - Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform
- Hari Anugerah Cemerlang - Perkhemahan Unit Beruniform
- Bengkel Teknik Menjawab PT3 dan SPM - Kecemerlangan Sukan Ragbi
- Majlis Restu PT3 dan SPM - Kehadiran 100% dalam Aktiviti Kokurikulum
- Pecutan Akhir PT3 dan SPM
- NILAM
100% pelajar terlibat
-Dialog
Prestasi
HEM
- Jom Pi Sekolah
- Sifar Ponteng
- Program
Mentor Mentee
-Program
Anak ku Sayang
LAGU SEKOLAH
Keunggulan Bermula Di sini
Unggul berilmu,
terbilang
Cogankata SMKTR dijulang
Kita maju di segala
bidang
Akademik cemerlang
sahsiah gemilang
Nilai murni jadi amalan
Potensi individu
dibangunkan
Insan harmonis
dilahirkan
Berilmu, berakhlak,
berketrampilan
Biru, putih dan jingga
Warna bendera kita
Progresif, efektif,
proaktif
Falsafah SMK Taman Ria
Pencipta
lagu :
Pn.Faridah binti Abdul Rahman
Penulis
lirik : Pn. Hjh Rokiah binti Mee
SEJARAH SEKOLAH
SMK Taman Ria dibuka
dan mula beroperasi pada
01 Januari 2014. Pengetua pertama SMK Taman Ria, Pn.Rokiah Binti Mee bertugas bermula 16/6/2014 sehingga 3/5/19 kemudian diambil alih oleh pengetua
baru, En. Mohd Fadzil Bin Abd Aziz bermula 15/5/19.Jumlah guru pada peringkat permulaan adalah seramai 29 orang dan bilangan murid seramai 480 orang dengan jumlah kelas beroperasi sebanyak 14 kelas.
Terdiri
daripada 6 blok bangunan utama iaitu Blok Teja (bangunan pentadbiran), Blok Tuah, Blok Jebat, Blok Kasturi, Blok Lekir dan Blok Lekiu . Mempunyai sebuah dewan utama iaitu Dewan Tunku Anum dan sebuah dewan terbuka iaitu Dewan Kasturi.
Mempunyai kemudahan fizikal seperti 24 buah bilik darjah termasuk bilik darjah untuk PPKI, 6 buah Makmal Sains, sebuah Makmal Komputer, sebuah surau (Al-Rayyan), 6 buah Bengkel KHB, sebuah Bilik Kaunseling, 6 buah bilik khas, sebuah bilik mesyuarat (Bilik Mesyuarat Teja), Koperasi, Bilik Guru dan Perpustakaan Tun Sri Lanang.
Pada
tahun 2019, jumlah guru bertambah menjadi 55 orang dan jumlah kelas yang beroperasi sebanyak 25 buah dan bilangan murid seramai 611 orang. SMK Taman Ria menawarkan mata pelajaran elektif (MA) iaitu Pendidikan Seni Visual, Perniagaan, Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan.